Cara Nak Dapatkan Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu
Kebanyakan kita bila nak travel,perkara pertama paling perlu di cari adalah tiket penerbangan. Jadi kita pasti nak jimat kan kos tiket penerbangan ni sebab rata-rata tiket penerbangan lah yang menyumbang kos trip kita jadi tinggi. Betul? Jadi kali ni kami kongsikan kepada anda bagaimana anda boleh jimat kan duit anda semasa anda beli tiket. Boleh teruskan baca..
1 – Dapatkan ‘Notification Alert’ Dari Syarikat Penerbangan
Bagaimana untuk anda dapatkan ‘notification alert’ adalah dengan sentiasa ‘follow’, subscribe’ dan ‘turn on’ notifikasi daripada social media dan emel syarikat penerbangan seperti Air Asia, MAS, dan lain-lain. Jadi bila ada promosi seperti potongan harga, FreeSeat, dan pelbagai lagi, anda adalah orang yang terawal akan mendapat notifikasi. Untuk Air Asia, selalunya 6-12 bulan sebelum mereka akan adakan promosi FreeSeat.
2 – Bandingkan Harga Tiket Antara Syarikat Penerbangan
Sekarang lebih mudah, anda hanya perlu menggunakan carian ‘Google’ untuk membuat perbandingan harga. Gunakan laman web seperti Kayak, Kiwi, Skyscanner, Google Flight, juga Momondo terutamanya jika anda bercadang untuk bercuti ke luar negara. Ini kerana laman-laman web tadi akan menyenaraikan pelbagai syarikat penerbangan untuk satu route yang sama beserta harga. Jangan terkejut jika harga di paparkan lebih murah berbanding yang di tawarkan di laman web syarikat penerbangan itu sendiri.
3 – Bandingkan Harga 1 Hala / 2 Hala / Terus / Transit
Ramai yang tidak tahu harga tiket penerbangan untuk satu hala, dua hala, flight terus atau transit sebenarnya berbeza. Kadang-kadang, satu hala lebih murah berbanding dua hala, boleh jadi juga sebaliknya. Ianya berlaku juga jika anda memilih untuk penerbangan terus atau transit. jadi rajin-rajinkanlah diri anda untuk membuat kajian sebelum menempah tiket ye.
4 – Dapatkan Tiket Hari Selasa & Rabu, Waktu 12 Malam
Majoriti kita akan mula bercuti bila bermulanya hujung minggu. Jadi kebanyakan tiket akan lebih mahal tiap kali hujung minggu berbanding dengan hari Selasa & Rabu. Jika anda bercadang untuk becuti panjang, mungkin anda boleh plan untuk pergi bercuti bermula Rabu dan pulang pada minggu hadapannya pada hari Selasa. Dan waktu 12 malam juga merupakan waktu di mana tiket harga akan ditawarkan dengan harga yang murah.
5 – Pilih Lapangan Terbang Alternatif
Sebelum menempah tiket, buat ‘research’ dahulu berkaitan tempat yang bakal anda pergi. Jika terdapat lapangan terbang alternatif daripada lapangan terbang utama, anda boleh bandingkan harga antara lapangan terbang tersebuat. Semestinya harga akan berbeza walaupun jarak antara lapangan terbang tidaklah jauh mana. Jadi anda pilihlah yang mana lebih murah untuk jimat!
6 – Gunakan Incognito Web & Buang ‘cookies’
Gunakan incognito web bila melakukan carian di Google atau buang ‘cookies’ di web carian anda. Bila gunakan Incognito ni bermaksud anda lakukan carian secara privasi. Manakala ‘Cookies’ di sini bukanlah bermaksud biskut. hehe.. Jika anda faham penggunaan cookies ini sebenarnya ianya mengesan pengguna web setiap kali melawati sesuatu laman sesawang . Ianya digunakan untuk tujuan ‘retargeting’. Jadi bila anda lawati laman sesawang sistem tempahan syarikat penerbangan berulang kali, mungkin anda akan lihat harga tiket akan jadi lebih mahal dari sebelumnya!
7 – Gunakan Kad Kredit/Kad Ahli Syarikat Petrol Untuk Tebus Point
Ramai juga yang tidak tahu kelebihan menggunakan kad kredit ni. Sebenarnya anda boleh menebus ‘point’ kepada ‘point’ tiket penerbangan. Sebagai contoh bila anda membuat pelbagai pembelian menggunakan Kad Kredit Maybank, anda akan peroleh ‘point’. Dan dari ‘point’ itu anda boleh redeem untuk tukarkan ke BIG Point Air Asia. Selain kad kredit, kad ahli petron miles, petronas mesra card dan shell bonus card juga memberikan ‘point’ yang boleh di tukar ke point tiket penerbangan. Jadi anda boleh dapatkan harga tiket yang murah bila anda redeem ‘point’ tadi.
8-Terbaru! Air Asia memperkenalkan BIG Pay kad jimatkan tempahan tiket
Jika sebelum ini semasa membuat pembayaran tiket anda dikenakan caj RM4 jika menggunakan perbankan internet dan RM16 jika menggunakan kad kredit. Kini anda boleh mendapatkan penjimatan ‘Zero Processing Fee’ dengan menggunakan Big Pay kad.
Dan yang paling best, Big Pay kad boleh digunakan di Lazada, Shoppe, petrol pam, beli barangan di Tesco dan Giant dan banyak lagi. Setiap transaksi anda akan memperoleh Big Point dan boleh untuk redeem ‘point’ di BIG Store mahupun BIG point untuk tiket penerbangan Air Asia. Sangat berbaloi!
Boleh ikuti STEP-STEP di bawah ini untuk dapatkan kad Big Pay anda.
1 – Download dan install apps BIGPay di Play Store atau App Store.
2 – Apply kad BIGPay melalui apps BIGPay
3 – Masukkan kod ni *NPBGGCUCAQ*
4 – Top up RM20 untuk aktifkan kad tersebut.
5 – Kad akan di pos ke alamat rumah anda secara percuma, mengambil masa 2-3 hari.
Setelah kad sampai, anda boleh gunakan kad itu untuk pembelian di Tesco, Giant, tiket penerbangan Air Asia dan banyak lagi. Selamat mencuba!
#cnp
Wednesday, December 11, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment